Nak share sikit kat sini pasal saya tertengok satu movie dalam bahasa Filipina. Cerita tu sekarang sedang ditayangkan di Astro BoxOffice Movie Package. Last saturday, masa tengah boring2 takder cerita nak tengok kat Astro, saya teralih channel ke 952. Tengok2 cerita tu baru je nak start. Mula2 tak tahu cerita tu dalam bahasa apa. Yelah sebelum ni tak pernah pun tengok cerita Filipina pun. Then layankan jugak, sebab ada English or Malay subtitles.
Tak sangak cerita ni best sangat ! Dan saya sangat2 nak suruh you all yang baca blog saya ni tengok cerita ni. Its not about pelakon dia handsome dan cantik ye (dah memang hendsome dan sangat cantik) tapi jalan cerita yang sangat2 menarik perhatian dan sebenarnya sedang banyak berlaku dikalangan masyarakat moden hari ini tanpa kita sedari...
Movie Poster
Saya nak jugak share dengan you all semua cerita ni pasal apa sebenarnya... Cerita ni mengisahkan 2 pasangan suami isteri yang bersahabat baik. Biasa la, satu couple kaya, satu lagi tak berapa nak kaya la... Suami dan isteri masing2 sangat bersahabat baik. Isteri yang kaya ni, selalu la bagi barang2 dia kat bestfriend dia ni... Paling latest, dia bagi sepasang diamond earing. Bestfriend dia ni suka la sgt2 kan... Saper tak suka free tu, sebelum ni bagi LV handbag la, dan macam2 lagi... Yang best lagi, dia orang ni duduk berjiran jugak dalam satu bangunan kondominium yang sama. Yang kaya of coz la duduk kat penthouse. Yang couple lagi satu ni kat unit yang biasa je... Dia orang ni selalu buat aktiviti sama2, like pegi clubbing ke, makan ke, holiday ke...
Pasangan suami isteri kaya
Pasangan kaya ni luaran memang bahagia, tapi sebenarnya dia selalu rasa gundah gulana sebab dia selalu curiga yang suami dia selalu ada affair kat luar. Sebenarnya tak ada pun sebab suami dia dalam club bisnes. Selalu la layan perempuan kalau kat lub dia. Tapi tak lebih pun dari itu. Tapi isteri dia keep jealous tak tentu pasal. Biasa la, husband dia tak bagi kerja sebab dia ada anak around 7 tahun mcm tu. Sebab tu ada banyak masa nak curiga laki dia... hahahha. Husband dia own a night club of coz la perangai mcm tu. Dah nama pun lelaki kan...
Pasangan tak berapa nak kaya ni dia orang bahagia sangat. Tapi suami dia selalu marahkan isteri dia ni yang terlalu nak mengikut-ikut taraf orang kaya. Duit gaji selalu dihabiskan dengan membeli barang2 branded kat ofis dia dengan bayaran ansuran... Sebab dia try nak sama level dengan Jasmine, bestfriend kaya dia tu la. Couple ni takder anak sebagaimana couple kaya Bullet and Jasmine. Adoi, panjang plak dan detail saya nak ceritakan pasal cerit ni kan ? Sebab cerita dia memang best sangat.
Ok... Ok... Sambung lagi, one day, Aaron dan Giselle ni bergaduh besar pasal Aaron marahkan sangat dengan tabiat isteri dia yang suka membazir beli barang branded. Giselle bengang terus keluar release tension kat night club Bullet. At the same time Jasmine pun gaduh dengan Bullet pasal cemburu buta Jasmine. Bullet blah jugak pegi night club dia... Kat sana dia orang jumpa. mcm biasa je sebab dia orang dah selalu hang out sesama. Then dia orang mabuk, check in hotel dan tidur bersama. Bangun pagi tu dia orang rasa bersalah sangat terus blah. Senyap gitu je la, tapi perasaan yang sangat bersalah. Then dia orang pergi bercuti bersama-sama, gathering dengan kawan2 lain jugak. Mostly kawan2 Jasmine yang kaya2 la. Masa Jasmine tgh siap2 nak gathering dinner, husband dia tgh mandi lagi. Hotel yang Bullet tido dengan Giselle tu call. Dia ckp yang diamond earing Puan tertinggal kat hotel. Puan boleh datang ambik. OMG ! You all mesti dah tahu apa berlaku kan ??? Huhuhu... Then Bullet dah sampai kat restoran tu. Semua orang tanya Jasmine. Giselle cam tak sedap hati je. Then Jasmine sampai dengan pakai diamond earing yang dia dah bagi kat Giselle. Terkejut beruk la Giselle. Then korang rasa apa berlaku ? Tenang je Jasmine ckp dia tak sangak yang bestfriend dia rupa-rupanya yang ada affair dengan husband dia. Sebab sebelum ni dia selalu la mengadu rasa curiga dia yang Bullet ni ada affair kat luar. Jasmine cakap, mcm2 aku bagi kat kau, still ko nak jugak laki kau. Tak cukup ke dengan handbag, earing dan segala mcm yang dia dah bagi. Actually, dia orang memang tak ada affair just one night only and one time mistake je... Aaron pun marah jugak wife dia dan gadung dengan Bullet... Aaron blah naik kete, kunci pintu tak bagi wife dia naik, separuh jalan dia berhenti dan bagi wife dia naik... What do you think happen after that ?
Giselle and Aaron...
Penat la plak nak taip lagi sambungan dia... Boleh tak kalau saya buat part 2 nanti ? Saya sambung nanti je la ea...
Cau Ci Cau

.jpg)


No comments:
Post a Comment