Followers

Sunday, 27 May 2012

Bersawang...

Salam,

Sebenarnya kalau boleh nak update hari2 taknak sampai bersawang. Tapi terlupa bawak external hard disk yang dalam tu ada gambar2 family saya. So, tak dapat la nak update.

Hari ni pun just nak tulis sikit je, sebab next post baru ada gambar. Minta maaf sebab tak update k...

Yang pasti saya kan cuba sedaya upaya supaya tak jadi pepatah "hangat2 tahi ayam" je dalam buat blog ni k..

Thats all for now...

Cau Ci Cau...

Wednesday, 16 May 2012

KeluargaKu SyurgaKu

Salam...

Post saya sebelum ni kan saya cakap nak ceritakan pulak pasal nephew and niece.

I have 4 nephew and 2 niece. Owh... Dah 6 orang rupanya. Kopak la raya tahun ni. Mana taknya, 2 orang yang terbaru untuk tahu ni, sorang nephew and sorang lagi niece... OMG !

Anyway, cerita la dulu pasal my nephew yang sulung k. Yang sulung, sudah pasti la yang menjadi kesayangan sebab, masa tu arwah abg dan SIL kawin hampir 3 tahun baru dapat my nephew ni... Happy sgt sebab first time dapat anak saudara dan boleh panggil saya maklang. His name Fahqruel Azriel, 7 years old already. Dah masuk sekolah dah pun. Next, my second nephew. My sister son. Nadzreen Fiqreen and he's now 4 years old. Dah masukkan sekolah jugak. Ni paling manja dengan atok dan wan dia. Cerita sikit sebelum my next and nephew and niece. Panggil wan sebab abah asal orang Negeri Sembilan so panggil la atok dengan wan. Fiqreen ni paling manja sebab dari lahir sampai sekarang memang atok dengan wan dia yang jaga. Tak hantar nursery pun. Sebab manjanya tu la sampai sekarang maklang dia ni panggil dia baby. Marah sgt kalau panggil dia baby. "Abang la, maklang ni. suka panggil anag baby. Abangkan dan beso". Dialog dia la tu...

Lepas tu my SIL, mengandung lagi. Kita orang satu family harap sgt dapat perempuan. Habis tu, dah dua anak sedara asyik lelaki je.... Takdir Allah, dapat gak lagi sorang nephew adik pada Ariel. Fahqruel Azruel. Panggil Aruel, and he's same age with Fiqreen, cuma beza bulan jek... Then my youngest brother kawin, 'bunting pelamin' wife dia. Pergh ! Best giler sebab dapat niece. Farisya Hasriyna (Icha) and she 1+ years old. Then my sister in law ni, mengandung lagi, kira rapat la. Then dalam masa yang sama adik pun mengandung jugak. Tu yang kata tahu ni jek dapat dua. My SIL dapat boy, Fakhri Hamzi, so dia org sekeluarga dah ada sepasang dan adik plak dapat girl, Nadzatul Fateea. So, sepasang jugak la... Alhamdulillah ! Ada 6 la semua, memang akan kopak !!!

Boring lagi blog saya sebab takder gambar kan ? Takper. Nanti lepas ni saya letak gambar je... Takyah cite dah sebab cite semua dah cite kan... Boleh ? Hihihihi... So, inilah family saya yang sgt2 saya sayangi. Walaupun arwah abang saya dah pergi meninggalkan kami, tapi kenangan dia tetap bersama kami. Sedekahkan la beliau Al-Fatihah. ( Kepada reader yang bacakan Al-Fatihah untuk beliau, hanya Allah dapat membalas jasa kalian).

Dah dulu la, nanti penat nak baca... Thanks semua !

Cau Ci Cau

Tuesday, 15 May 2012

Tuan Tanah Blog

Salam...


Tajuk tak boleh tahan... Blog ni kepunyaan (pls continue read)


Disebabkan baru je mula nak buat blog ni, jadi idea datang mencurah-curah la pulak. Bukan idea apa sangat, cuma idea nak memperkenalkan diri saya kepada siapa yang tertengok dan baca blog saya ni. Itu aje. Lagipun post yang sebelum ni kan saya ada bagitahu, nak bagitahu serba sedikit tentang saya...


Nak buat style mcmana untuk saya memperkenalkan diri saya ni ek ? Style mcm nak isi borang ke atau cara yang santai dalam ayat, atau style dulu2 kita suka suruh kawan2 tulis biodata kat buku kan. Masa school2 dulu la. Korang pernah alami tak ? Bila nak habis sekolah je, supaya kita tak lupakan kawan kita tu kita suruh dia tulis biodata atau tulis something kat dalam diari atau buku kita kan ??? Hehehehehe.


Well, saya rasa nak buat cara yang santai2 je... Normally, mesti la orang tanya nama betul kita kan ? Nama saya pendek je, Faemah binti Tahar. Automatik nama abah pun pendek kan ? Nama adik beradik saya pun sama, semua pendek2... Oooppsss, sabar2... Saya akan citer kan tu semua jugak... Seterusnya, umur la kan, dah tua, tahun ni umur saya dah 32 tahun, tapi belum sampai lagi kalau ikut bulan la, sebab saya lahir pada 22 Oktober 1980. Kalau dah umur sure pasal status la kan ? Status masih bujang. Jodoh belum sampai seru lagi... Insya allah kalau takder apa aral melintang, Tuhan izinkan saya akan kahwin jugak. Tapi tak boleh nak cakap bila. Rahsia Allah...


So, yang basic dah bagitahu. Lain nak bagitahu, adik beradik saya 6 orang, saya anak ketiga. 3 lelaki dan 3 perempuan, atas abang 2, saya, 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki. Tapi sekarang kami tinggal 5 beradik saja sebab abang saya yang sulung telah kembali ke rahmatullah pada 22hb Julai 2009 yang lalu. Peristiwa paling sedih yang pernah berlaku dalam hidup saya. Tak mahu cerita ni la ea... Sedih sgt, nanti saya nangis. Saya ni seorang yang sangat emo. Kucing mati ke, anjing mati ke, monyet mati ke kat tengah jalan pun boleh nangis. Siapa yang kenal Faemah, dia org tahu la emo saya yang over ni. Hahahahahahaha...


Adik beradik saya :-

  1. Farezal bin Tahar married with Azlina (my sister in law SIL)
  2. Fazri bin Tahar
  3. Faemah binti Tahar
  4. Faedah binti Tahar
  5. Farena binti Tahar married with Nazarudin bin Ayob (my brother in law BIL)
  6. Fared bin Tahar married with Hasliana binti Hasrin (sister in law)
Note : 3 dah kawin, 3 lagi belum... fair.

Sungguh skema blog saya ni kan... Takper. Jangan sensasi dulu. Kan masih budak baru belajar. Hadoi ! Mengah dan penat menaip. Nama adik beradik, ipar duai semua dah ada... Tengok tu, nama abah semua ada... Mana nama mak ? Padahal, mak yang melahirkan saya. Takder pun nama mak. Nama mak saya pun simple jek, Salmah. Nama orang dulu2 la katakan... Well, kalau u all perasan, nama kami adik beradik pun biasa je kan ?

Masih rajin nak baca blog saya tak ??? Tapi saya yang taip pun rasa bosan sebab mcm tak best sebab takder gambar la... Kalau nak buat sesi suai kenal dan nak sebut orang yang berkaitan, ada gambar baru best kan ? Disebabkan saya curi masa buat benda ni kat ofis, memang takder gambar, sebab gambar banyak kat pendrive dan pendrive tu sekarang takder kat sini....

So, saya akan tangguhkan dulu episode memperkenalkan diri saya ni untuk posting saya yang seterusnya nanti. Banyak jugak nak citer walaupun baru bermula....

Tunggu post akan datang mengenai :-
  • My nephew and niece
  • My father and mother
  • My hobbies and interest
  • Picture yang akan saya upload
  • Kisah silam ? Nak tahu ke ?
  • ???!!! and many more
Cau Ci Cau...



Pengenalan...

Salam, 


Saya budak baru belajar. Tetiba tertimbul niat untuk mempunya blog sendiri. Sebab apa ? Sebab asyik dan suka tengok blog orang lain. Thanks pada kawan saya, Anis Pen Merah (nama FB dia) yang ajar macam mana nak mulakan blog ni. Dia suruh saya jangan tulis apa2. Suruh testing je. Tapi saya taknak, saya nak terus tulis je. Kalau jadi dan dibaca, Alhamdulillah, kalau tak jadi, apa susah kan... Buat la balik semula.

Anyway, saya taknak hanya hangat2 tahi ayam orang kata dalam nak menulis blog ni. Saya nak jadikan ianya sesuatu yang boleh dikongsi bersama dengan orang2 yang membaca blog saya. Macam mana saya ambil sesuatu dari pembacaan blog orang lain...

Biasanya, episod pengenalan ni tak panjang. Jadi saya tak nak la tulis panjang2. Nanti saya akan tulis lagi dan ceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Sebab semua blog yang saya baca dia orang buat sesi memperkenalkan diri. So, saya pun nak buat juga. Supaya, walaupun tak pernah jumpa, bukan kawan ke, tapi orang yang baca blog saya dapat kenal dengan saya. Walaupun tak kenal baik, sekurang-kurangnya, tahu la saya ni siapa. Orangnya macamana...

Akhir kata, nantikan post saya yang seterusnya serba sedikit mengenai siapa pemunya blog http/:emmaemany.blogspot.com

Cau Ci Cau...