Followers

Tuesday, 15 May 2012

Tuan Tanah Blog

Salam...


Tajuk tak boleh tahan... Blog ni kepunyaan (pls continue read)


Disebabkan baru je mula nak buat blog ni, jadi idea datang mencurah-curah la pulak. Bukan idea apa sangat, cuma idea nak memperkenalkan diri saya kepada siapa yang tertengok dan baca blog saya ni. Itu aje. Lagipun post yang sebelum ni kan saya ada bagitahu, nak bagitahu serba sedikit tentang saya...


Nak buat style mcmana untuk saya memperkenalkan diri saya ni ek ? Style mcm nak isi borang ke atau cara yang santai dalam ayat, atau style dulu2 kita suka suruh kawan2 tulis biodata kat buku kan. Masa school2 dulu la. Korang pernah alami tak ? Bila nak habis sekolah je, supaya kita tak lupakan kawan kita tu kita suruh dia tulis biodata atau tulis something kat dalam diari atau buku kita kan ??? Hehehehehe.


Well, saya rasa nak buat cara yang santai2 je... Normally, mesti la orang tanya nama betul kita kan ? Nama saya pendek je, Faemah binti Tahar. Automatik nama abah pun pendek kan ? Nama adik beradik saya pun sama, semua pendek2... Oooppsss, sabar2... Saya akan citer kan tu semua jugak... Seterusnya, umur la kan, dah tua, tahun ni umur saya dah 32 tahun, tapi belum sampai lagi kalau ikut bulan la, sebab saya lahir pada 22 Oktober 1980. Kalau dah umur sure pasal status la kan ? Status masih bujang. Jodoh belum sampai seru lagi... Insya allah kalau takder apa aral melintang, Tuhan izinkan saya akan kahwin jugak. Tapi tak boleh nak cakap bila. Rahsia Allah...


So, yang basic dah bagitahu. Lain nak bagitahu, adik beradik saya 6 orang, saya anak ketiga. 3 lelaki dan 3 perempuan, atas abang 2, saya, 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki. Tapi sekarang kami tinggal 5 beradik saja sebab abang saya yang sulung telah kembali ke rahmatullah pada 22hb Julai 2009 yang lalu. Peristiwa paling sedih yang pernah berlaku dalam hidup saya. Tak mahu cerita ni la ea... Sedih sgt, nanti saya nangis. Saya ni seorang yang sangat emo. Kucing mati ke, anjing mati ke, monyet mati ke kat tengah jalan pun boleh nangis. Siapa yang kenal Faemah, dia org tahu la emo saya yang over ni. Hahahahahahaha...


Adik beradik saya :-

  1. Farezal bin Tahar married with Azlina (my sister in law SIL)
  2. Fazri bin Tahar
  3. Faemah binti Tahar
  4. Faedah binti Tahar
  5. Farena binti Tahar married with Nazarudin bin Ayob (my brother in law BIL)
  6. Fared bin Tahar married with Hasliana binti Hasrin (sister in law)
Note : 3 dah kawin, 3 lagi belum... fair.

Sungguh skema blog saya ni kan... Takper. Jangan sensasi dulu. Kan masih budak baru belajar. Hadoi ! Mengah dan penat menaip. Nama adik beradik, ipar duai semua dah ada... Tengok tu, nama abah semua ada... Mana nama mak ? Padahal, mak yang melahirkan saya. Takder pun nama mak. Nama mak saya pun simple jek, Salmah. Nama orang dulu2 la katakan... Well, kalau u all perasan, nama kami adik beradik pun biasa je kan ?

Masih rajin nak baca blog saya tak ??? Tapi saya yang taip pun rasa bosan sebab mcm tak best sebab takder gambar la... Kalau nak buat sesi suai kenal dan nak sebut orang yang berkaitan, ada gambar baru best kan ? Disebabkan saya curi masa buat benda ni kat ofis, memang takder gambar, sebab gambar banyak kat pendrive dan pendrive tu sekarang takder kat sini....

So, saya akan tangguhkan dulu episode memperkenalkan diri saya ni untuk posting saya yang seterusnya nanti. Banyak jugak nak citer walaupun baru bermula....

Tunggu post akan datang mengenai :-
  • My nephew and niece
  • My father and mother
  • My hobbies and interest
  • Picture yang akan saya upload
  • Kisah silam ? Nak tahu ke ?
  • ???!!! and many more
Cau Ci Cau...



No comments:

Post a Comment