Kali terakhir update blog ni masih lagi dalam bulan March. Sekarang dah 8 hari dalam bulan June, baru nak buat. Tu la, cakap je nak buat setiap hari... Tapi sgt la kesuntukan masa. Well, post kali ni taknak cerita banyak. Nak letak gambar as promises before. Saya nak letak gambar family saya yang saya ceritakan tentang mereka sebelum ni. At least berkenalan la sikit k... So check it out !
First letak la ketua keluarga kami dulu... Ni la abah saya. Pose pegang belon strawberry. Hihihi kelakar la plak...
Ni, mak saya dengan pelakon utama blog ni... Sape lagi ? Saya la. Malu sikit ea. Sebab ni gambar lama. Pass two years dah agaknya gambar ni... Later on nanti saya letak, tambah dan post gambar2 baru. Sure banyak sebab saya ni suka bergambar. Hahaha
Next, sekaligus...Family adik perempuan saya. Farena with my brother in law Nazarudin and Baby (dalam post sebelum ni saya pernah ckp yang mulut dia Ya Allah... Tak bagi panggil dia baby sebab sekarang dia dah ada adik. Masa ni belum lahir lagi la... Huhuhu
Alright, yang ni pulak adik perempuan yang bawah saya, Faedah. Nombor 4 dalam family. Belum Kahwin lagi. Insya allah tahun depan kot. Sebab baru2 ni mak cerita mcm dah nak kahwinkan dia. Bagus ! Kahwin la dulu ea... Akak tunggu dulu. Lambat lagi...
Last but not least, yang lelaki tu adik bongsu saya. Dia dah kahwin. Tapi masa ni belum kahwin lagi la. Nanti upload gambar wife dia my sister in law dengan anak2 dia. Dah dua pun anak dia. Huh.
Well actually, gambar2 ni semua saya ambil dari folder family vacation. Masa tu kami pergi melawat adik bongsu saya tu yang tinggal kat Kelantan. Then kita jalan pusing2. Pergi Terengganu, Cameron Highland, Port Dickson dan akhir sekali Melaka sebelum balik ke JB. Syok sgt...
Well, selain tu ada lagi family members saya. Arwah abg saya yang sulung, tapi saya taknak la letak gambar dia. Buat saya sedih je nanti. Yang dah pergi biarla pergi dan tenang disana. Hanya Al-Fatihah dan doa saja untuk dia. Tapi gambar wife dia dan anak2 dia saya akan share kat sini. Nak cari dulu gambar2. Banyak tu.
Dah terlanjur ni, saya letak je la beberapa lagi gambar masa family vacation tu k... Enjoy the pic !
Sibuk makan dan shopping sikit2 masa kat Kelantan dan Terengganu...
Penat jugak kalau nak upload gambar kat sini ek... Baru nak pengalaman la katakan. Ada la sikit2 kesukaran, maklum la baru nak belajar dan pandai buat2 benda ni semua.
Beberapa gambar masa kami singgah di Cameron Highland. Makan starwberry dan beli beberapa kotak teh pelbagai perasa. Cliche kan ? Kalau pegi Cameron je, makan starwberry beli teh, fresh vege and flowers...
Wow, agak panjang berjela plak post kali ni. Mentang2 lama tak buat posting. Hahahahaha. Well, banyak lagi sebenarnya gambar vacation kita org. Bermalam di Port Dickson dan singgah kat Melaka lagi... Hadoi. Lain kali la pic tu. Tadi kata nak buat sesi berkenal muka dgn family saya kan ? Jgn jemu dan bosan k. Sampai kita bertemu lagi di post yang akan dtg. Tapi taknak janji nak cite apa. Sbb belum tahu.
Cau Ci Cau
I suka CH!!!
ReplyDelete